PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU NEGARA ANGGOTA OIC
NAMA AHLI KUMPULAN 7:
- MOHAMAD JAZMI B. SAUFI (02DTM17F1113)
- NAZRUL HAKIMI B. ROSLI (02DTM17F1119)
- NUR SYAKIRAH BT. MOHD ZAMI (O2DTM17F1104)
- NUR ADIBAT BT. MAT ZIH (O2DTM17F1107)
- WAN MARIA BASIRAH BT. WAN MUSTAPHA (02DTM17F1116)
- NOR ATIKAH BT. ALMUIN (02DTM17F1122)
PROGRAM: PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)
SESI: JUN 2017
JABATAN: TEKNOLOGI MAKANAN
KELAS: DTM1C
NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIRAN BT. MOHD SUKRI
PENGENALAN
Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan
antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap
ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada
gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari
negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara,Asia
Tengah,Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan
untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan
suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat
Islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa
Arab,Inggeris dan Perancis Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya
daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.
SEJARAH DAN MATLAMAT
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan
keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara
ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain;
bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan
menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam
usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan
antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat,Mangribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat,Mangribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha
Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
- Lahore, Pakistan (1972)
- Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
- Casablanca, Maghribi (1984)
- Dakar, Senegal (1991)
- Casablanca, Maghribi (1994)
- Teheran, Iran (1997)
- Doha, Qatar (2000)
- Putrajaya, Malaysia (2003)
PERANAN
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC
Malaysia memainkan peranan yang
cergas dalam aktiviti oic,:
- Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serbia.
- Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
- Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) dengan kerjasama OIC.
- Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam ( Islamic Development Bank – IDB ) – sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
- Sering menganjurkan persidangan negara- negara Islam dari semasa ke semasa
- Usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq munni
- Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai Pasukan tentera Pemerhati PBB
- Sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)
- Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983 munni
- Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978
- Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada 1989
- Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
- Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC munni
- Menimbangkan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan emas sebai alternatif bagi urusan perdagangan di kalangan negara anggota
- Mengadakan dialog dengan budaya dan tamadun lain (termasuk Barat)
- Menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data
- Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi
ISU-ISU EKOLOGI
* Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi
mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat dengan Islam.
* Penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog
Barat-Islam.
* Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE), merupakan
platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara
swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC.
* Menjadi pengantara dalam menyelesaikan peperangan Iran dengan
Iraq.
* Menganjur persidangan menentang pengganas dalam kalangan
negara Islam pada tahun 2002
* Menyediakan
peruntukan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam pada tahun 2002.
* Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan
perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
FAEDAH MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC
- Mendapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
- OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM.
- Mendapat pinjaman daripada bank Pembangunan Islam di bawah naungan OIC.
- Menerima pengiktirafan Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha agung OIC.
- Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2003.
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
- Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.
- Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
- Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
- Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
- Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
- Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
- Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
- Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara OIC kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
- Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.
Comments
Post a Comment